IBU BAPA (#12073)

Engkau lihat, Ya Tuhan, tangan rendah diri kami diangkatkan ke arah syurga kurnia dan rahmat-Mu. Bolehkanlah agar ia dapat diisi dengan khazanah kemurahan hati dan berkat yang berlimpah. Ampunilah kami, dan ayah-ayah kami, dan ibu-ibu kami, dan tunaikanlah apa sahaja yang kami hasratkan daripada samudera kurnia dan kemurahan Suci-Mu. Terimalah, Ya Kekasih hati kami, segala kerja kami di jalan-Mu. Engkau sesungguhnya, Yang Maha Kuat, Yang Maha  Mulia, Yang Tak Terbanding, Yang Satu, Yang Pengampun, Yang Rahim.

-Bahá'u'lláh
-----------------------

IBU BAPA (#12074)

”Adalah patut bagi hamba Tuhan, selepas setiap doa, memohon kepada Tuhan agar memberikan belas kasihan dan pengampunan kepada ibu bapanya.  Kemudian seruan Tuhan akan dikumandangkan: ‘Beribu-ribu permohonanmu untuk ibu bapamu akan menjadi ganjaranmu!’ Diberkatilah dia yang mengingati ibu bapanya semasa berhubung dengan Tuhan. Tidak ada Tuhan melainkan-Nya, Yang Berkuasa, Yang Dikasihi.”

-The Báb
-----------------------

IBU BAPA (#12075)

Aku memohon kemaafan-Mu, Ya Tuhanku, dan merayu pengampunan-Mu sebagaimana Engkau menginginkan hamba-hamba-Mu menghadap kepada-Mu. Aku merayu kepada-Mu agar menghapuskan dosa-dosa kami sesuai dengan martabat Ketuhanan-Mu, dan agar mengampuni daku, ibu bapaku, dan mereka yang menurut perhitungan-Mu telah memasuki tempat tinggal cinta-Mu, dengan cara yang layak bagi kedaulatan-Mu yang luhur dan patut bagi kekuasaan syurgawi-Mu yang mulia. Ya Tuhanku, Engkau telah mengilhami jiwaku untuk memohon kepada-Mu dan jika tidak kerana-Mu, aku tidak akan memanggil-Mu. Dimuliakanlah dan diluhurkanlah Engkau; aku bersyukur kepada-Mu kerana Engkau telah menjelmakan Diri-Mu kepadaku dan aku memohon kepada-Mu untuk mengampuni daku kerana aku telah melalaikan kewajipanku untuk mengenal-Mu dan telah gagal untuk berjalan di jalan cinta-Mu.

-The Báb
-----------------------

IBU BAPA (#12076)

Ya Tuhan! Dalam Dispensasi yang Maha Agung ini Engkau telah menerima permohonan anak-anak bagi pihak ibu bapa mereka. Ini adalah salah satu daripada pemberian istimewa yang tak terbatas pada Dispensasi ini. Oleh sebab itu, Ya Engkau Tuhan Yang Maha Pengasih, terimalah permohonan hamba-Mu ini di ambang keesaan-Mu dan selamkanlah ayahandanya dalam samudera kurnia-Mu, kerana anak ini telah bangkit untuk mengabdi kepada-Mu dan pada setiap waktu berusaha di jalan cinta-Mu. Sesungguhnya, Engkau Maha Pemberi, Pengampun dan Baik Hati.
~ ‘Abdu’l-Bahá

-`Abdu'l-Bahá
-----------------------

IBU BAPA (#12077)

”Jika engkau menunjukkan kebaikan hati dan       bertimbang rasa kepada ibu bapamu sehingga mereka berasa gembira, ia juga akan menggembirakan Daku, kerana ibu bapa harus amat dihormati dan adalah penting bagi mereka untuk berasa puas hati, kecuali apabila mereka menghalangmu untuk mencapai Ambang Yang Maha Berkuasa, atau menahanmu daripada berjalan di jalan Kerajaan.”

-`Abdu'l-Bahá
-----------------------

